TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Lisa Alamia terpaksa membiasakan diri bercakap Inggeris menggunakan slang Britain yang diperolehinya selepas pembedahan beberapa bulan lepas.
Laporan CNN mengatakan wanita Mexico yang tinggal di Amerika Syarikat berkenaan dijangkiti 'Foreign Accent Syndrome' selepas menjalani pembedahan rahang bawahnya.
Sindrom tersebut menyebabkan penghidapnya gagal menggunakan slang asal, malah menggunakan slang negara lain yang langsung tidak pernah digunakan sebelum ini.
"Ramai ahli neurologi tidak pernah menemui keadaan sebegini," kata ahli neurologi di Houston, Toby Yaltho.
Kata Toby, hanya 100 kes melibatkan 'foreign accent syndrome' direkodkan dalam tempoh 100 tahun.
Walaupun Lisa tidak kisah menggunakan slang Britain, namun beliau tetap menjalani terapi untuk mengembalikan slang lamanya kembali.
"Saya tetap selesa dengan keadaan sekarang.
"Slang yang saya gunakan tidak mencerminkan diri saya. Saya masih lagi orang yang sama sebelum pembedahan," kata Lisa.