SHANGHAI - CHINA. Syarikat COSCO Shipping Corp merancang untuk melancarkan percutian di atas kapal persiaran di Laut China Selatan, bulan depan, dengan laluan pertama dari bandar Sanya ke Kepulauan Parcel.
"Adalah praktikal untuk merangsang ekonomi tempatan melalui pembangunan pelancongan, logistik dan kemudahan infrastruktur," menurut pengerusi syarikat, Xu Lirong, disiarkan media tempatan China Daily.
Syarikat milik China itu memberitahu, perkhidmatan pelancongan di kawasan tersebut adalah sebahagian daripada strategi dan tanggungjawab menaikkan lagi nama negara itu di mata dunia.
Dengan pelancaran percutian berkenaan, beberapa pembangunan lain di Laut China Selatan dan Selat Taiwan akan dilakukan sekali gus membina jenama pelayaran negara pertama Beijing.