IKATAN perkahwinan antara selebriti Tom Cruise dan Katie Holmes telah lama berakhir.
Namun sehingga hari ini kisah mereka sering dinantikan media dan peminatnya di seluruh dunia.
Terbaru Daily Mail melaporkan Cruise telah menjual rumah mewah yang pernah didiami bersama bekas isterinya yang terletak di Beverly Hills.
Menurut sumber, keputusan itu diambil Cruise semata-mata untuk menghapuskan segala kenangan yang pernah dibina bersama bekas isterinya.
Lebih mencuri tumpuan, apabila bintang Mission Impossible itu menjual rumah tersebut dengan harga yang tinggi iaitu RM163 juta.
Melihatkan harga yang ditawarkan, pasti rumah tersebut memiliki kelebihan dan kelengkapan yang serba mewah!