RIYADH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi memasang 14 sistem kamera litar tertutup (CCTV) baharu di Makkah dan sekitar Masjidil Haram untuk memantau keselamatan jemaah dan penduduk tempatan.
Ketua Hal Ehwal Keselamatan, Saud bin Jelwi berkata, pusat keselamatan itu dilengkapi dengan sumber teknologi dan manusia.
"Orang ramai boleh menghubungi kami melalui talian kecemasan 911. Ia bakal beroperasi sepenuhnya pada Ramadan ini. Selain itu, sebanyak 150 menara pengawasan akan turut memantau aliran orang ramai di Makkah," jelasnya 
Dalam perkembangan berkaitan, satu persetujuan telah dicapai bersama delegasi Iran berhubung pengurusan jemaah haji dari negara itu.
Setiausaha rendah Kementerian Haji, Hussein Sharif berkata, Teheran bersetuju dengan syarat dan peraturan berkaitan haji termasuk penggunaan visa elektronik yang boleh dicetak sendiri oleh jemaah.