JOHOR BAHRU - Pencarian Orang Besi bersempena Karnival Orang Besi Mahkota Dewa yang bermula hari ini menyaksikan lebih 20 peserta dari seluruh negara bakal berentap bagi merebut gelaran tersebut.
Majlis perasmian karnival yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini, disempurnakan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Pada majlis sama, penganjur utama karnival, Datuk Zulkefli Md Isa merangkap Pengerusi Eksekutif Al Jannah Global Marketing (AJGM) turut melancarkan produk terbarunya, Agenda Gold dan White Gold, sekali gus memberi variasi produk minuman kesihatan dipelopori syarikat tersebut yang cukup terkenal dengan produk kopi berasaskan buah Mahkota Dewa.
AJGM dijangka memperkukuhkan sayap perniagaannya dalam sektor minuman kesihatan menerusi pembukaan kilang baharu pada 2018 di Johor Technology Park, Senai, di sini menjelang akhir tahun ini.
AJGM ditubuhkan lima tahun lalu, kini mempunyai 75,000 pembekal di bawah jenama itu di negara ini dengan 18,000 pengedar di Indonesia dan nilai jualan RM40 juta.