Sunday, May 29, 2016

Keluarga Kardashian Ditawarkan RM400 Juta Berlakon Filem



Keluarga Kardashian dilaporkan menerima tawaran RM400 juta untuk berlakon dalam sebuah filem.
KELUARGA bintang realiti Kim Kardashian ditawarkan USD$100 juta (RM400 juta) untuk berlakon dalam filem yang mengangkat kisah sebenar mereka.

Mirror melaporkan tawaran itu dibuat oleh seorang penerbit filem terkenal Hollywood dan perkara itu didedahkan oleh penulis Ian Halperin yang juga penulis biografi keluarga Kardashian.

"Seorang penerbit Hollywood terkenal memberitahu saya yang dia berminat untuk menghasilkan sebuah filem tentang Kardashian malah membuat tawaran lumayan kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Ian berkata, jika mereka bersetuju Kardashian bakal menjadi bintang realiti TV pertama yang dibayar lumayan untuk berlakon dalam sebuah filem.
Sumber pula memberitahu keluarga Kardashian menunjukkan minat terhadap tawaran berkenaan dan menganggap ia peluang besar untuk melebarkan sayap ke Hollywood.

Kardashian terdiri daripada Kris Jenner, Kourtney Kardashian, Kim Kardashian, Khloe Kardashian, Kendall Jenner, Kylie Jenner, Rob Kardashian and Caitlyn Jenner kini mempunyai program realiti mereka sendiri iaitu Keeping Up With The Kardashian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: