SHANXI - CHINA. Seorang lelaki telah disaman kerana memandu sebuah trak yang membawa dua buah trak yang disusun secara bertingkat.
Laporan CNN mengatakan peronda lebuhraya yang menyaksikan kejadian tersebut terus menahan suspek kerana 'membawa muatan lebih'.
Media tempatan, CCTV mengatakan lelaki berkenaan menggunakan taktik tersebut untuk mengelak kos mahal untuk mengangkut tiga trak dengan kenderaan lain.
Selain disaman, lelaki tersebut diperintahkan untuk menghantar trak-trak tersebut secara bergilir-gilir.
Sementara itu, kejadian tersebut yang viral di laman sosial CHina, Weibo meluahkan pandangan masing-masing.
"Dihukum saman kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain? Terlalu ringan!" kata seorang pelayar Weibo.