Wednesday, April 27, 2016

'Perang' Janna Nick & Ruhainies, Pengarah Sangkal Dihasut




Michael tidak ambil Ruhainies menyertai filemnya bukan kerana dihasut.
PETALING JAYA: Pengarah filem Michael Ang menjelaskan nama pelakon Ruhainies muncul dalam senarai pelakon filem Kimchi Untuk Awak adalah bagi menggantikan pelakon Natasha Elyzza yang pada awalnya mempunyai masalah jadual.
Namun Michael berkata, dia terpaksa membatalkan hasrat mencari pengganti untuk watak tersebut selepas masalah jadual pelakon Natasha dapat diselesaikan sebelum penggambaran bermula.

"Pada awalnya salah seorang pelakon filem itu iaitu Natasha berhadapan dengan masalah jadual penggambaran dan Emma Maembong memperkenalkan Ruhainies kepada saya untuk menggantikan pelakon itu.
Michael Ang
"Saya bersetuju untuk mengambil dia pada awalnya, tapi saya juga sudah jelaskan keadaan sebenar iaitu jika masalah jadual Natasha tidak dapat diselesaikan barulah saya ambil dia.

"Namun, selepas itu jadual Natasha dapat diselesaikan dan saya tidak jadi ambil Ruhainies ganti tempat pelakon wanita itu," ujarnya.

Michael berkata demikian bagi menjelaskan keadaan sebenar terhadap kontroversi yang mendakwa pelakon Janna Nick telah menghasut pengarah itu untuk menggugurkan nama Ruhainies daripada terbabit dalam filem Kimchi Untuk Awak.

Jelas Michael, keputusan tidak mengambil pelakon wanita itu terlibat dalam filem berkenaan bukan hasutan daripada Janna Nick atau mana-mana pihak.
Pelakon Kimchi Untuk Awak Emma Maembong, Janna Nick dan Natasha.
Saya tidak pasti sama ada tuduhan Ruhainies itu berkaitan filem ini atau filem lain, tapi kalau dia maksudkan filem ini, dia salah.

"Tiada siapa yang hasut saya dalam hal ini, kalau masalah jadual Natasha tidak selesai sudah tentu saya ambil dia sebagai gantinya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: