Wednesday, April 27, 2016

Lelaki nyaris maut kereta terjatuh dari tingkat satu




Lelaki nyaris maut kereta terjatuh dari tingkat satu
Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital swasta untuk rawatan lanjut.
GEORGETOWN - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dinaikinya terjatuh dari tempat parkir di sebuah pangsapuri di sini petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 42 tahun itu hanya mengalami cedera ringan.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 7 petang kelmarin ketika lelaki berkenaan sedang mengundur kereta jenis Chevrolet Optra di tingkat satu, Mutiara Heights, Jelutong di sini.
“Siasatan awal di tempat kejadian dan keterangan mangsa mendapati kejadian itu berlaku apabila mangsa tertekan pedal minyak semasa mengundurkan keretanya ketika mahu meletakkan keretanya di kotak parkir. Akibatnya, kereta itu terlanggar tembok penghadang menyebabkan ia terjatuh ke bawah.
“Mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit pada dadanya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: