TAICHUNG - TAIWAN. Ahli arkeologi di Taiwan menemui fosil manusia berusia 4,800 tahun dipercayai seorang ibu yang mengendong bayi dalam pelukannya, kata pegawai muzium.
Sebanyak 48 set mayat ditemui dalam kubur di kawasan Taichung adalah kesan yang aktiviti manusia paling awal terdapat di tengah Taiwan.
‎Memetik laporan Reuters, penemuan yang paling menarik adalah satu rangka seorang ibu muda yang memandang bayi yang berada dalam pelukan lengannya.
"Apabila rangka tersebut ditemui, semua ahli-ahli arkeologi dan kakitangan terkejut kerana ibu itu melihat pada bayi yang di letakkan di lengannya," kata seorang kurator di Jabatan Antropologi, Muzium Negara Taiwan, Chi Whei-lee.
Penggalian tapak itu bermula pada Mei 2014 dan mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.
‎Karbon telah digunakan untuk menentukan umur fosil, termasuk lima kanak-kanak.