Sunday, March 27, 2016

'Karnival Bangkit' Suria FM Bersama Artis Di Sungai Petani Sabtu




PETALING JAYA: Sebagai menghargai pendengar setia, stesen radio Suria FM buat julung kalinya menganjurkan satu siri jelajah iaitu 'Karnival Bangkit' dalam usaha mendekatkan lagi hubungan bersama deejay stesen radio itu.
Pengurus Pemasaran Suria FM, Asyikin Ridzwan berkata, siri jelajah itu akan bermula di Amanjaya Mall Sungai Petani, Kedah pada Sabtu ini dengan pelbagai program dan aktiviti selain memberi peluang kepada orang ramai beramah mesra dengan artis-artis terkenal tanah air.

“Inilah waktunya kami hargai pendengar Suria FM menerusi 'Karnival Bangkit' sekali gus menyeru orang ramai agar dapat meluangkan masa menyertai pelbagai program dan aktiviti menarik bersama artis-artis popular yang kami bawakan,” katanya.
Tambahnya, dalam karnival itu, para pengunjung berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti antaranya cabaran bola sepak air, pertandingan dekorasi makanan, pertandingan karaoke tangkap leleh dan pertandingan indie band 'undiscovered'.

Lebih menarik, pelbagai gerai jualan 'food truck' dan bazaar fesyen akan turut disediakan di tapak karnival.

Pada acara kemuncak iaitu pada hari yang sama akan berlangsung 'Konsert Bangkit' yang akan membariskan beberapa artis tersohor antaranya Hazama, Adibah Noor, Maya Karin, Amira Othman dan Wanie Kyrie.

Selepas Sungai Petani, Kedah, Jelajah Karnival Bangkit seterusnya akan menemui pendengar di Johor Bahru pada 2 April dan di Kuantan, Pahang pada 16 April depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: