Sunday, February 21, 2016

Trump seru boikot Apple



Trump seru boikot Apple
Apple menolak untuk membantu membuka telefin pintar milik salah seorang suspek yang melakukan tembakan di San Bernardino.
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump meminta supaya tindakan boikot dikenakan ke atas Apple sehingga syarikat gergasi teknologi itu membantu bagi membuka kod pada iPhone salah seorang pembunuh di San Bernardino,lapor BBC.
Apple sebelum ini dilihat tidak sehaluan dengan Kementerian Kehakiman Amerika Syarikat yang mengarahkan supaya syarikat terbabit membantu bagi menembusi kod pada iPhone terbabit.
Semalam, Kementerian Kehakiman AS menganggap keenganan Apple untuk bekerjasama tersebut adalah dianggap sebagai strategi pemasaran.
Apple memaklumkan bahawa syarikat berkenaan tidak akan membantu untuk menembusi kod iPhone terbabit berikutan kebimbangan privasi dalam kalangan pengguna.
Telefon pintar berkenaan adalah merupakan milik salah seorang daripada dua suspek yang membuat tembakan rambang di sebuah pejabat berhampiran San Bernardino, California, Disember tahun lalu sehingga mengakibatkan 14 orang terbunuh.
Bercakap ketika sesi kempenya, Trump berkata setiap orang perlu memboikot Apple sehingga mereka bersetuju untuk memberi maklumat tersebut.
Pada Khamis lalu, mahkamah telah mengarahkan agar syarikah teknologi gergasi tersebut membantu untuk memecahkan kod pada iPhone terbabit.
Mahkamah California menetapkan 22 Mac ini bagi sesi pendengaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: