Tuesday, February 23, 2016

Kisah tentang pelarian menang Filem Terbaik




Kisah tentang pelarian menang Filem Terbaik
Rosi ketika menerima beruang emas dari ketua juri dari Amerika Syarikat, Meryl Streep.
FILEM dokumentari tentang krisis pelarian di Eropah, Fire at Sea berjaya merebut hati para juri dan memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Berlin ke-66, lapor The Guardian.
Pengarah filem, Gianfranco Rosi dari Itali ketika menerima anugerah trofi berupa beruang emas itu berkata, beliau cuba membawa kesedaran melalui filemnya itu.
“Ia memang tidak boleh diterima apabila ramai yang mati menyeberang laut hanya untuk melarikan diri daripada tragedi,” katanya.
Demi filem itu, Rosi tinggal di Pulau Lampedusa, Itali selama beberapa bulan dan beliau mendedikasikan kemenangan itu untuk penduduk di pulau itu yang membuka hati mereka untuk orang lain.
Filem itu diceritakan melalui kaca mata seorang kanak-kanak lelaki tempatan berusia 12 tahun, Samuele Pucillo dan seorang doktor, Pietro Bartolo yang merawat kes penghidratan, tidak cukup nutrisi dan trauma terhadap ketibaan baharu pelarian ke kawasan itu.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis anugerah itu, Rosi berkata beliau bercadang untuk menayangkan filem itu kepada rakyat di Lampedusa dalam tayangan secara terbuka pada musim bunga.
Sejak awal tahun 2000, Pulau Lampedusa telah menjadi pusat penghijrahan kepada pelarian dan pendatang asing dari Afrika, Timur Tengah serta Asia yang mahu memasuki Eropah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: