Tuesday, February 23, 2016

Kim So Hyun Cedera Ketika Berada Di Phuket




Kim So Hyun mengalami kecederaan serius dibahagian kaki ketika menjalani penggambaran sebuah iklan di Phuket, Thailand.
PELAKON Kim So Hyun dilaporkan mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran sebuah iklan di Phuket, Thailand baru-baru ini.

Allkpop melaporkan So Hyun mengalami kecederaan serius pada bahagian kaki dan akan dibawa pulang ke Korea untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Selepas mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah hospital di Phuket kami mengambil keputusan membawanya pulang ke Korea kerana kecederaan itu serius.

"Namun dia bernasib baik kerana kakinya tidak patah tetapi dia sukar untuk berjalan.

"Kami membawanya pulang ke Korea untuk mendapatkan rawatan di sini," kata wakil syarikat pengurusannya.

Dalam pada itu, So Hyun membatalkan semua aktiviti promosi berkaitan filem lakonan terbaharunya, Pure Love.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: