Friday, February 26, 2016

Jumpa kepala ular dalam tin kacang hijau



 Jumpa kepala ular dalam tin kacang hijau
Kepala ular yang ditemui dalam tin kacang hijau.
UTAH - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita terkejut selepas menjumpai kepala ular dalam tin kacang hijau semasa menyediakan hidangan untuk satu majlis.
Pada mulanya, Troy Walker menyangka ia adalah kacang yang dibakar namun kemudian menyedari ia sebenarnya adalah kepala seekor ular.
"Semasa saya lihat dengan lebih dekat dengan mengangkatnya dengan sudu, saya nampak mata dan apabila ia terjatuh saya menjerit," katanya dipetik 60abc.com.
Troy kemudian memulangkan kesemua 30 tin yang dibelinya kepada kedai runcit dan turut menghantar gambar kepala ular tersebut kepada syarikat pengeluar makanan dalam tin itu Western Family.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Syarikat Western Family, Peter Craven yang berpangkalan di Oregon berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut dan  semua penghantaran kacang hijau itu juga akan digantung
"Bahan asing dalam makanan bukan sesuatu yang kita pandang ringan," katanya.
Dalam pada itu, naib presiden bahagian kawalan kualiti Syarikat Western Family, Sharon McFadden berkata, syarikat itu akan mengambil serius perkara ini dan sedang menyiasat dengan pembekal yang menghasilkan kacang hijau itu untuk mengetahui apa yang berlaku dan berapa tin kacang yang terjejas.
"Mereka akan melalui beberapa proses dan menentukan sama ada terdapat kegagalan dalam proses kawalan dan perlu menentukan apa yang perlu ditukar atau menambahbaikkan," katanya.
Walau bagaimanapun, syarikat itu tidak mengesahkan bahawa ia adalah sebenarnya kepala ular, walaupun pengeluaran tin kacang hijau dihentikan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: