Sunday, February 21, 2016

'Growing Up Sucks' SonaOne Tidak Dijual Dalam Bentuk CD




Album pertama penyanyi rap SonaOne iaitu Growing Up Sucks tidak akan dijual dalam bentuk fizikal.
KUALA LUMPUR: Album pertama penyanyi rap SonaOne iaitu Growing Up Sucks tidak akan dijual dalam bentuk fizikal sebaliknya hanya boleh didapati secara digital.
SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach, 27, berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat corak pembelian berbentuk fizikal semakin suram dan peminat lebih berminat membeli secara digital.
"Realitinya adalah penjualan album berbentuk fizikal semakin suram dan dijangka dalam masa lima tahun dari sekarang tiada lagi CD yang dikeluarkan kerana digital seperti iTunes menguasai pasaran.
"Oleh sebab itu syarikat rakaman mengambil keputusan untuk menjual dalam bentuk digital sahaja. Bagaimanapun masih ada dicetak dalam bentuk fizikal tetapi tidak banyak untuk peminat bertuah dan sebagai kenang-kenangan," katanya kepada mStar Online.
Album pertama penyanyi kacukan Melayu-Perancis itu memuatkan 12 buah lagu.
SonaOne ditemui pada majlis pelancaran album pertamanya itu di ibu negara pada Sabtu.

Album memuatkan 12 buah lagu itu turut memperlihatkan SonaOne bertindak sebagai penerbit selain terlibat dalam proses mencipta dan menulis lirik.

Dalam pada itu, bercakap lanjut mengenai Growing Up Sucks, SonaOne berkata, ia adalah satu testimoni bahawa dia telah mencapai impiannya untuk mempunyai albumnya sendiri.

Malah katanya, lirik yang ditulis adalah bersifat peribadi yang menceritakan pengalaman dilaluinya sejak berumur 22 tahun sehingga kini.

"Jika anda ingin mengetahui sisi peribadi SonaOne jadi kena dengar sendiri album ini kerana saya meluahkan banyak perkara menerusi lirik yang saya tulis.
SonaOne menyifatkan Growing Up Sucks sangat peribadi.
"Growing Up Sucks juga memperlihatkan kematangan saya menempuh pelbagai pengalaman sejak berusia 22 tahun.

"Adakalanya saya ingin kembali ke zaman kanak-kanak kerana tidak perlu memikirkan tanggungjawab perlu dipikul sebagai seorang dewasa," ujarnya.

Sementara itu, SonaOne berkata, dia tidak kisah sekiranya masih ada menganggap dia dibayangi oleh mentornya iaitu Joe Flizzow.

Sebaliknya katanya, dia berasa berbangga apabila sering dikaitkan dengan penyanyi rap itu kerana tanpa Joe kariernya tidak akan mencapai tahap sekarang.

"Saya rasa bangga apabila ada yang kata saya dibayangi oleh Joe kerana dialah mentor saya yang membuka ruang dan peluang untuk saya berada di sini sekarang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: