Friday, February 26, 2016

Drama Mukhlis cetus keinsafan




Drama Mukhlis cetus keinsafan

MENGANGKAT kisah pemuda insaf dengan kehidupan sosialnya sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama bersiri Mukhlis yang dibintangi pelakon utama Sharnaaz Ahmad, Elfaeza Ul-Haq, dan Norlia Ghani selain turut dibantu Hanis Idrus, Lan Siro, Adeline Tsen, dan Ako Mustapha.
Drama 26 episod arahan Fairuz Loy terbitan Saphire Screen itu, akan menemui penonton mulai 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Rabu, jam 2 petang menerusi saluran TV2.
Ia menceritakan mengenai kehidupan Haikal, anak Kuala Lumpur yang mengusahakan sebuah syarikat pengiklanan bersama rakan baiknya, Razlan dan bapa saudaranya, Fuad.
Kedua ibu bapa Haikal telah meninggal dan dia mewarisi kekayaan daripada arwah bapanya. Haikal yang dijaga oleh Fuad, mempunyai sikap liar dan suka bersosial.
Sementara itu Mak Jah, seorang wanita tua yang tinggal di kampung. Mak Jah diceraikan dan anak tunggal lelakinya, Mukhlis telah dilarikan oleh suaminya.
Kini Mak Jah begitu teringin untuk berjumpa dengan anak lelakinya sebelum dia meninggal dunia. Mak Jah menceritakan niatnya kepada Sofea, seorang guru yang rapat dengan Mak Jah di kampung itu.
Satu hari Haikal terjatuh dari tangga rumahnya. Dia telah dimasukkan ke hospital. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor memberitahu Haikal mengidap barah otak dan cuma ada masa enam bulan  untuk hidup.
Berita mengenai Mak Jah yang mencari anak lelakinya keluar dalam surat khabar setelah Sofea membawa seorang wartawan ke kampungnya untuk menemu ramah Mak Jah.
Haikal terbaca berita tersebut di surat khabar. Setelah lama berfikir, Haikal membuat keputusan untuk menyamar sebagai Mukhlis, anak lelaki Mak Jah.
Masa berlalu Fuad dan Razlan berkira-kira Haikal akan mewariskan harta kepada mereka. Sebaliknya Haikal miliki perancangan lain.
Dia mahu mewasiatkan hartanya kepada ketua kampung kerana sudah dapat menangkap niat jahat mereka berdua. Lalu apakah pengakhirannya? Bagaimanakah penerimaan Mak Jah bila tahu Haikal bukan anak kandungnya?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: