Tuesday, February 23, 2016

Anugerah dari Selangor buat hati Afdlin ‘bergetar’




Anugerah dari Selangor buat hati Afdlin ‘bergetar’
Afdlin bersama panel-panel lain dalam salah satu program Gala Aspirasi Seni, semalam.
SELEBRITI terkenal, Afdlin Shauki melahirkan perasaan terkejut hingga hatinya bergetar ketika diumumkan sebagai penerima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam oleh Selangor dalam program Gala Aspirasi Seni, malam tadi.
Berkongsi perasaan itu, Afdlin menulis di laman Facebooknya hari ini dan mengakui hampir menitiskan air mata ketika namanya disebut.
“Subhanallah... Dalam bertahun saya menjadi orang seni dan pelbagai anugerah diterima. Semalam bila mereka sebut nama saya (sebagai) penerima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam.
“Saya betul-betul terkejut. Air mata nak berlinang turun dari mata,” tulisnya.
Gala Aspirasi Seni berlangsung semalam dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Mengulas lanjut, Afdlin akui bahawa anugerah itu merupakan paling bermakna dalam hidupnya sepanjang bergelar anak seni.
“Diletak sebagai seorang yang boleh menggerakkan orang ramai untuk mendekati Islam melalui seni adalah satu penghormatan yang bermakna bagi saya walaupun ianya tak glamor
“Insyaa-ALLAH saya akan terus istiqamah. Terima kasih Jais dan pihak penganjur semalam,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: