Sunday, February 21, 2016

'ALLAH... macam mana ni,' kata Ustaz Kazim




'ALLAH... macam mana ni,' kata Ustaz Kazim
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut meluangkan masa melawat Mohd Kazim di wad HUSM, Kubang Kerian, semalam.
KOTA BHARU - Jadual pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang sangat padat, selain memaksa beliau menjelajah ke seluruh negara bagi memenuhi jemputan orang ramai dipercayai menjadi punca beliau terpaksa dimasukkan ke hospital.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim tetap memenuhi setiap undangan diterima semata-mata ingin bertemu orang ramai tanpa pernah mengadu penat.

Pegawai Khasnya, Rafi Rahman memberitahu, pendakwah itu memang sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, tetapi tetap mahu meneruskan ceramah di pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok, kelmarin.

Rafi berkata, Mohd Kazim memang begitu komited dengan urusan kerjanya meskipun terpaksa menahan kesakitan sebelum itu.

“Pagi ini (semalam), dia sudah boleh bercakap lebih jelas berbanding malam tadi (kelmarin) dan perkara yang diucapkannya, dia terkilan kerana tidak dapat menghabiskan ceramahnya.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital pun dia kata ‘ALLAH, ALLAH macam mana ni’, tetapi saya pujuk, kesihatan dia lebih penting buat masa ini. Dia dah janji nak datang tetapi hanya dapat berceramah selama tujuh minit. Memang dia terkilan sangat,” katanya.

Malam kelmarin, Mohd Kazim dikejarkan ke HUSM selepas difahamkan terkena serangan jantung.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim stabil, otot di bahagian jantung luka]

Mohd Kazim menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) jam 9.30 malam sebelum mengadu keletihan dan sakit dada.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: