Wednesday, January 27, 2016

Winslate puji DiCaprio




Winslate puji DiCaprio

SIAPA tidak kenal dengan Leonardo DiCaprio sebagai aktor hebat dunia Hollywood.
Tidak hairanlah, namanya sering mendapat pengiktirafan dalam beberapa anugerah seperti Golden Globe dan Critics’ Choice
Namun sayang, bekas kekasih Kelly Rohrbach itu belum pernah membawa pulang piala Oscar meski sudah beberapa kali dicalonkan.
Tahun ini namanya sekali lagi dicalonkan dalam kategori pelakon terbaik menerusi acara yang sama dan bukan sahaja peminat, malah teman seperjuangannya, Kate Winslet turut yakin pelakon berusia 41 tahun itu layak menerima gelaran tersebut.
“Saya melihat sendiri usaha dan bakatnya dalam filem Steve Jobs selama tiga bulan.
“Dia sangat komited dengan kerjayanya dan hasil lakonan yang dia berikan untuk filem itu sangat baik dan dia layak menerima anugerah tersebut,” kata Winslet seperti yang dilaporkan Refinery29.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: