Thursday, January 28, 2016

Selepas dua tahun, Farah Asyikin kini sah bercerai



Farah Asyikin
Farah Asyikin
KUALA LUMPUR - Selepas hampir dua tahun melalui proses mahkamah, akhirnya penyanyi Farah Asyikin sah bercerai dengan ahli perniagaan Zaahier Stanley, hari ini.
Penceraian talak satu secara tebus talak diluluskan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dilafazkan oleh pegawai hakam yang dilantik mahkamah.
Permohonan cerai dibuat Farrah Asyikin, 36, berdasarkan Seksyen 47 dan 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.
Kes itu bagaimanapun berlanjutan hampir dua tahun selepas melalui beberapa proses mahkamah termasuk lantikan hakam.
Pasangan itu berkahwin pada 15 Februari 2013 di kediaman keluarga Farah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ebrahim Owais yang kini berusia satu tahun sembilan bulan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: