Sunday, January 24, 2016

Kontroversi Tak Lenyap Kesetiaan Peminat Terhadap Tasha Shilla




Tasha Shilla mahu bersikap lebih positif. 
SHAH ALAM: Pelakon Tasha Shilla berkata kontroversi yang kerap terpalit pada diri tidak pernah melenyapkan kesetiaan peminat-peminat untuk terus menyokongnya.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 29, menyifatkan perkara itu membuatkan dia tersentuh dan bersyukur mempunyai sekelompok peminat seperti itu.

"Saya bersyukur mempunyai peminat yang sentiasa menyokong saya tidak kira sama ada ketika saya berada dalam keadaan susah atau senang.

"Mereka kenal saya bukan kerana sebagai seorang artis tetapi lebih daripada itu.

"Perkara itu membuatkan kami seperti sebuah keluarga. Mereka sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya," katanya.
Sambutan hari lahir Tasha turut dihadiri anak-anak yatim di sebuah rumah kebajikan.
Tasha ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya yang dianjurkan oleh kelab peminat, Tasha Shilla Team di Restoran Munif Hijjaz Papero di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Tasha mengakui mengambil pendekatan untuk tidak terlalu terdedah menerusi publisiti media buat sementara waktu.

Kejadian perselisihan faham dengan bekas kekasihnya, Han pada tahun lalu juga membuatkan dia tidak mahu lagi berkongsi kisah peribadinya kepada umum.

"Saya rasa cara ini lebih baik. Apabila sudah tiba masanya untuk saya mendirikan rumah tangga, barulah saya uar-uarkan berita baik itu.

"Malah saya lebih senang untuk low profile dan tidak terlalu terdedah di khalayak. Apa yang berlaku sebelum ini biarlah ia menjadi pengajaran. Apa-apapun saya harap 2016 akan menjadi tahun yang baik buat saya," tuturnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: