Wednesday, January 27, 2016

Beyonce Tangguh Lancar Album Baharu Kerana Adele




Beyonce bakal tampil dengan album terbaharu dalam masa terdekat ini.
PENYANYI Beyonce dilaporkan enggan melancarkan album terbaharunya kerana ingin memberi laluan kepada Adele menikmati kejayaan menerusi album 25.
Daily Mail melaporkan Beyonce sudah pun menyiapkan album tersebut sejak tahun lalu namun enggan bersaing dengan Adele yang mana 25 terjual lebih satu juta pada minggu pertama ia dilancarkan.

"Album Beyonce sudah siap sejak hujung tahun lalu namun dia ingin tunggu tumpuan terhadap Adele reda terlebih dahulu.

"Dia mahu memberi laluan kepada Adele menikmati kejayaan bersama 25 memandangkan ia album pertama penyanyi itu sejak empat tahun," kata sumber.

Tambahnya lagi, Beyonce juga tidak tergesa-gesa untuk melancarkan album berkenaan walaupun ia telah siap.

Dalam pada itu, Beyonce dilaporkan akan melancakan album keenamnya itu pada satu tarikh kejutan seperti mana dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun sumber memberitahu album itu akan berada di pasaran pada hari sama dia mengadakan persembahan di Super Bowl bersama Chris Martin pada 7 Februari depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: