Monday, January 25, 2016

35 restoran diserbu guna candu sebagai perasa makanan




35 restoran diserbu guna candu sebagai perasa makanan

BEIJING - CHINA. Sebanyak 35 buah restoran di seluruh China didapati secara haram menggunakan candu sebagai perasa dalam makanan, dedah pegawai rasmi.
Badan Pentadbiran Makanan dan Dadah China berkata, lima buah restoran sedang didakwa manakala 30 lagi dalam proses siasatan.
Pihak berkuasa tempatan digesa untuk membantu penyiasat mencari sumber candu berkenaan, lapor China Daily.
Serbuk candu yang mengandungi kandungan dadah diharamkan sebagai perasa tambahan makanan di China.
Memetik laporan BBC, pada tahun 2012, tujuh restoran di wilayah Ningxia ditutup kerana menggunakan candu dan 215 restoran turut ditutup di wilayah Guizhou pada tahun 2004 atas kesalahan yang sama.
China telah dilanda beberapa siri skandal makanan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada tahun 2014 pembekal yang berpangkalan di Shanghai didapati telah menjual daging ayam tidak bersih dan sudah luput kepada rantaian makanan termasuk KFC, Starbucks dan McDonald.
Pada tahun 2008, enam kanak-kanak meninggal dunia dan lebih daripada 300,000 jatuh sakit kerana minum susu tepung yang dicemari melamin, bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat plastik dan baja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: