Monday, December 28, 2015

Priyanka Chopra Sukses Di Hollywood




Priyanka Chopra dalam drama Quantico.
AKTRES Bollywood Priyanka Chopra dilihat semakin kukuh mencipta nama di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Newskerala, terbaharu bekas Miss World ini semakin popular menerusi drama bersiri Quantico.

Dalam drama tersebut, Priyanka melakonkan watak utama iaitu sebagai ejen Biro Penyiasatan Persekutuan.

Ekoran mendapat respons yang bagus, Priyanka dicalonkan bagi kategori Aktres Kegemaran Siri Televisyen untuk acara People's Choice Award 2016.

Difahamkan, Priyanka sanggup berulang-alik dari India ke Amerika dan Kanada demi mengukuhkan kerjayanya di Hollywood.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: