Wednesday, December 30, 2015

Miliki bakat 'ngeri' boleh pusing kepala 180 darjah




Miliki bakat 'ngeri' boleh pusing kepala 180 darjah
Sedutan rakaman video yang dimuatnaik oleh Sergio Tapia
"OH Tuhan saya tak boleh teruskan menonton," kata seorang pelayar YouTube pada sebuah video yang dimuatnaik kelmarin.
Video tersebut menunjukkan seorang remaja yang mempunyai bakat pelik: dia mampu memusingkan kepalanya 180 darjah!
Selain memusingkan kepalanya, remaja tersebut juga menunjukkan kebolehan menari tanpa memusingkan kepalanya.
Sepanjang rakaman tersebut, seorang lelaki yang didakwa ayah kepada remaja terbabit membantu memegang kepala remaja tersebut supaya tidak bergerak.
Video tersebut yang dimuatnaik oleh Sergio Tapia sudah menarik hampir sejuta penonton.
Kebanyakan pelayar meluahkan rasa ngeri terhadap aksi-aksi yang terakam dalam video tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: