Wednesday, December 30, 2015

Maggi Royale perkenal 2 perisa baharu




Maggi Royale perkenal 2 perisa baharu
Maggi Royale Johor Seafood Laksa dan Sarawak Sambal Laksa.
NESTLE Malaysia memperkenalkan dua perisa baharu menerusi rangkaian Maggi Royale iaitu Johor Seafood Laksa dan Sarawak Sambal Laksa khas untuk penggunanya, baru-baru ini.
Pengurus Eksekutif Perniagaan, Bahagian Makanannya, Rosalyn Simba dalam satu kenyataan memberitahu, penambahan rasa ikonik kepada premium pelbagai Maggi Royale adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memenuhi keinginan yang mahukan hidangan istimewa di Malaysia.
“Kami berusaha keras mencari bahan-bahan rahsia di sebalik resepi laksa yang terbaik bagi rangkaian makanan segera.
“Di Johor, bahan-bahan rahsia adalah ikan dan belacan bakar terkenal yang memberikan aroma laksa Johor yang tersendiri.
"Begitu juga di Sarawak, kami mendapati, di tengah-tengah hidangan adalah herba, rempah dan sambal pes cili.
"Dengan ini, kita dapat menangkap cita rasa asli dan perisa kompleks laksa Johor dan Sarawak kesukaan rakyat Malaysia,” katanya.
Rangkaian Maggi Royale juga termasuk Maggi Royale Korea Daging tumis pedas dan Maggi Royale Pulau Pinang Seafood Kari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: