Tuesday, December 29, 2015

Hari Tanpa Kereta capai matlamat



Hari Tanpa Kereta capai matlamat
Warga Ipoh bersantai dan melakukan pelbagai aktiviti sempena Hari Tanpa Kereta yang diadakan di Jalan Raja DiHilir, semalam.
IPOH – Penganjuran program Hari Tanpa Kereta oleh Majlis Bandaraya Ipoh, berjaya mencapai matlamat dalam menjadikan Ipoh sebagai bandar rendah karbon.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak dan akan diteruskan pada minggu keempat  setiap bulan tahun depan.
“MBI ingin menjemput semua rakyat Perak untuk menjayakan program ini.
"Datanglah bersama keluarga untuk beriadah di atas jalan yang ditukar menjadi sebuah kawasan rekreasi awam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sepanjang Jalan Raja DiHilir, di sini semalam.
Program kali ini mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Pakar KPJ Ipoh, Perpustakaan Negeri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Perak, Jabatan Pendidikan Perak,  Malaysia Interaction Culture Association (Mica), Kelab Sukan Dewan Bandar Raya Ipoh (DBI), Ego Wheel Team dan Ipoh Skaters.
Beberapa acara menarik seperti senamrobik, senam seni (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara), pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, permainan congkak, MBI Soccer Kids, busking dan kayuhan basikal turut diadakan.
Zamri berkata, syarikat korporat  dialu-alukan untuk menaja program berkenaan pada masa hadapan.
“Kita juga mengalu-alukan penajaan syarikat korporat khususnya  barangan keperluan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: