Monday, December 28, 2015

Hadi memancing bersama penduduk




Hadi memancing bersama penduduk
Abdul Hadi turut memancing bersama peserta pertandingan dengan menggunakan joran tradisional.
MARANG - Karnival Memancing di Tali Air Gong Rusila anjuran Pemuda Pas Dun Rhu Rendang bukan sahaja dapat mengembalikan memori indah penduduk setempat, tetapi juga mampu memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai aktiviti yang semakin dilupakan itu.
Penganjuran itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut memancing bersama peserta dengan menggunakan joran tradisional, sambil beramah mesra dengan penduduk yang tidak melepaskan peluang bergambar bersamanya.
Pelbagai hadiah menarik turut disediakan kepada pemenang termasuk cabutan bertuah, manakala majlis penyampaian hadiah disempurnakan Abdul Hadi.
Naib Ketua Pemuda Pas Dun Rhu Rendang, Muhammad Yusof Abdul Hadi berkata, penganjuran acara ala kampung itu membolehkan masyarakat setempat bergaul dengan lebih mesra.
Menurutnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan, sekali gus menyuntik semangat pihaknya untuk mengadakan pelbagai lagi program berfaedah dan menarik pada masa akan datang.
“Kita menerima respons positif. Acara ini mendapat sambutan amat menggalakkan dengan lebih 200 peserta terlibat, terdiri daripada penduduk pelbagai peringkat usia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: