Wednesday, December 30, 2015

Choi Siwon (Super Junior) Ucap Tahniah Kepada Miss Universe 2015




Pia Wurtzbach
SEBELUM ini Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach pernah memberitahu dia merupakan salah seorang peminat fanatik anggota kumpulan Super Junior iaitu Choi Siwon di akaun Twitter miliknya.

Sejak kenyataan ratu cantik kelahiran Filipina itu menjadi viral, ramai yang ingin tahu apakah reaksi Siwon mengenai pendedahan itu.

Siwon memberi memberi ucapan tahniah kepada Pia Wurtzbach.
Pada Isnin lalu, Siwon menerusi Instagram miliknya memuat naik gambar dengan kapsyen ucapan tahniah kepada Pia.

"Pia Alonzo Wurtzbach. Tahniah atas kemenangan anda sebagai Miss Universe 2015 dan sila hadir SUPERSHOW (konsert) yang akan datang sebagai tetamu saya dan saya mahu melihat kamu menyinari dunia," katanya.
Perkara itu membuatkan Pia turut membalas mesej Siwon mengucapkan terima kasih dan sangat menghargai dengan respon yang diberikan.

"Wow terima kasih!! Saya sangat menghargainya, anyong haseyo"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: