Tuesday, November 24, 2015

Penat Sambut Deepavali, Rani Mukerji Dinasihatkan Berehat




Rani Mukerji
SELEPAS Rani Mukerji dimasukkan ke hospital gara-gara terlalu letih ketika menyambut perayaan Deepavali, dia dinasihatkan untuk berehat lebih lama di hospital berkenaan.

Menurut laporan Newkerala, aktres yang kini sedang mengandung itu memerlukan pengawasan doktor dengan diberi beberapa ubatan sehingga dirinya stabil.

Menurut sumber, doktor yang merawat aktres berusia 37 tahun itu juga menasihatkan agar dia perlu jauhkan diri daripada kawasan yang berhabuk, kotor dan bising.

Rani telah mendirikan rumah tangga dengan Aditya Chopra pada 21 April 2014 di sebuah majlis tertutup di Itali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: