Saturday, November 28, 2015

Mengaku salah jual otak manusia di eBay



Mengaku salah jual otak manusia di eBay
Otak
INDIANA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki mengaku bersalah memecah masuk sebuah muzium dan mencuri beberapa otak manusia sebelum menjualnya di laman lelongan eBay.
David Charles, 23, memecah masuk Muzium Sejarah Perubatan Indiana yang dahulunya adalah hospital sakit jiwa dan mencuri beberapa balang yang berisi otak serta tisu manusia.
Memetik laporan Metro.uk, Charles ditahan oleh pihak berkuasa pada Disember 2013 selepas pembeli enam balang otak tersebut dengan harga £400 (RM1,806 ) membuat laporan polis selepas mendapati kesemua barangan tersebut adalah barangan curi milik muzium tersebut.
Pihak berkuasa turut merampas 80 balang berisi tisu manusia semasa serbuan.
Charles mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan termasuk menceroboh dan mencuri dan dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah selama setahun dan berada dalam pemerhatian polis selama 2 tahun.
Dia turut dilarang untuk mendekati kawasan muzium berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: