Friday, November 27, 2015

Jangan Terpedaya Tawaran Berlakon 'Hashim Rejab' & 'Masya (Ceria Pop Star)'




Hashim Rejab
PETALING JAYA: Pengarah filem Hashim Rejab menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan mana-mana tawaran berlakon menggunakan namanya selepas akaun Instagram milik dia digodam pihak tidak bertanggungjawab yang membuka peluang itu.

Hashim berkata, perkara tersebut disedari selepas dia dimaklumkan seorang individu yang mahu bertanya lebih lanjut tentang tawaran berlakon yang "ditawarkannya".

"Saya terkejut apabila mendapat tahu ada pihak menggunakan nama saya selepas menggodam akaun saya dengan membuka tawaran berlakon kepada orang yang berminat.

"Malah, ada pelakon-pelakon baru yang ditipunya atas tujuan tertentu," ujarnya kepadamStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Akaun palsu Hashim yang menawarkan peluang lakonan kepada pengguna Instagram.
Hashim berkata, dia sudah memberi amaran menerusi pesanan peribadi di akaun individu tersebut agar tidak menggunakan namanya atas kepentingan sendiri.

Namun, kata Hashim, individu itu sebaliknya menawarkannya untuk membeli akaun Instagram tersebut dengan harga tertentu.

"Saya sudah beri mesej di akaun palsu itu, namun dia boleh pula offer saya untuk beli akaun palsu tersebut kerana ia lebih ramai pengikut daripada akaun sebenar saya.

"Setakat ini, apa yang saya tahu dia hanya memperdayakan orang dengan memberi tawaran berlakon sahaja dan belum lagi melibatkan penipuan melibatkan wang ringgit," ujarnya.

Tambah Hashim, dia sudah membuat satu laporan polis minggu lalu bagi melindungi dirinya daripada mana-mana perkara buruk berkaitan tindakan itu.

Dia juga berharap agar orang ramai tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut.
Masya (Ceria Pop Star) Mangsa Penipuan Instagram Palsu Hashim Rejab
Masya dianiaya individu tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, penyanyi kelahiran program realiti Ceria Pop Star 2 Masya atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah, 15, merupakan seorang pengguna laman sosial yang menjadi mangsa penipuan akaun palsu menggunakan nama Hashim Rejab itu.

Ibu Masya, Zalilah Mat Noor, 46, berkata, anaknya ada menerima tawaran berlakon daripada pengarah tersebut tetapi perlu mendaftar dalam satu pautan kononnya untuk diserahkan kepada pihak produksi MIG.

Katanya, selepas mengikut permintaan "Hashim Rejab" palsu itu, tanpa disedari akaun Instagram miliknya telah diceroboh oleh individu lain dan menawarkan beberapa perkara yang melibatkan pihak Astro.

"Pada awalnya anak saya (Masya) dihubungi menerusi akaun palsu Hashim Rejab yang mahu dia berlakon dalam sebuah filem MIG, jadi Masya diberi satu laman web untuk isi borang.

"Bila buka laman web itu tiada apa-apa yang keluar dan dua hari selepas itu baru dia perasan sudah ada orang berjaya mengodam akaun Instagram miliknya dengan menyamar memperdayakan orang lain," ujarnya.

Jelas Zalilah, tanpa pengetahuan Masya, terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan akaun itu dengan menawarkan projek iklan kononnya untuk siaran Astro namun ia adalah palsu.

Tambahnya, perkara menjadi lebih parah apabila sebuah butik dalam talian yang terpedaya dengan helah penggodam itu menuduh Masya menceroboh serta mengambil alih akaun Instagram milik butik tersebut.

"Bila Masya periksa mesej peribadi ada beberapa perbualan yang tidak pernah dilakukannya. Dalam perbualan itu, mereka telah buat tawaran macam-macam kepada beberapa peniaga online sehinggakan mereka menuduh Masya yang melakukan perkara itu serta memburuk-buruknya di laman sosial sehingga menjadi viral,," ujarnya.

Kata Zalilah, perkara tersebut membuatkan anaknya berasa tertekan dan tidak mahu keluar rumah kerana takut dipandang serong.

Pihaknya juga sudah membuat dua laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

"Butik online itu sudah viralkan mesej denhan menuduh anak saya menipu dan cuba ambil kesempatan. Sekarang dia sedang tertekan dan tidak mahu keluar rumah kerana malu.

"Nasib baik juga sekarang sedang cuti sekolah," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: