Saturday, November 28, 2015

Fouziah Gous selamat timang anak pertama



Fouziah Gous selamat timang anak pertama
Gambar yang dimuat naik Fouziah Gous sebelum melahirkan anak di laman Instagram miliknya.
PELAKON Fouziah Gous selamat menimang cahaya mata pertamanya semalam.
Berita gembira itu disahkan sendiri oleh suaminya, Md Zhafran Md Yusof di laman Instagramnya dengan memuatnaik sekeping foto.
"Bersyukur kepada ALLAH SWT... Alhamdulilah. Isteri saya @fouziahgous sudah selamat melahirkan anak. Terima kasih atas doa yang dipanjatkan.
"Semoga anak ini menjadi anak yang soleh," tulisnya.
Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof berkahwin pada 21 September 2013 selepas mengikat tali pertunangan pada 1 Jun 2013.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: