Saturday, October 31, 2015

Tidak Amalkan Budaya Barat Punca Reen Rahim Tiada Kontroversi




Reen Rahim. 
PETALING JAYA: Pelakon Reen Rahim menganggap sikapnya yang tidak mengikut budaya barat dan tidak kerap keluar rumah membuatkan dirinya sukar 'melekat' dengan isu-isu berbaur kontroversi.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Rahim, 27, berkata, perkara itu membuatkan dia lega sedikit namun tetap berhati-hati kerana perkara buruk boleh timbul pada bila-bila masa sahaja tanpa sedar.

"Sebenarnya saya tidaklah terlalu berjaga-jaga. Cuma habis kerja sahaja, saya akan balik rumah dan meluangkan masa dengan ibu dan keluarga.

"Saya tetap lepak dengan kawan-kawan. Mungkin saya kurang kontroversi kerana saya tidak terlalu kearah hidup cara Barat. Mungkin...saya tak pasti," katanya kepada mStar Online.
Reen Rahimbakal muncul menerusi filemMirip pada 5 November ini.
Bagaimanapun tambahnya, sebagai seorang artis, dia menjaga reputasi bukan kerana mahu dipandang tinggi masyarakat, sebaliknya demi menjaga nama baik ibu dan bapanya.

Sementara itu, kata Reen, dia bersyukur, walaupun dirinya tidak terlalu popular seperti rakan-rakan artis lain, namun tawaran lakonan tidak pernah putus sehingga kini.

Malah, tidak pernah berkira dengan apa-apa tawaran yang diberi walaupun kebanyakan watak yang ditawarkan adalah karaktor antagonis.

"Memang dari dulu lagi saya banyak dapat tawaran antagonis. Nak buat macam mana, dah muka saya memang nampak garang. Tetapi saya tetap menerimanya kerana menyifatkan ia adalah satu rezeki buat saya.

"Apa-apapun saya suka juga watak jahat ni. Sebab tak semua orang boleh buat muka jahat. Hahaha...," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Reen bakal muncul di saluran RTM menerusi drama Imam Dari Kaherah dan Jalan Sehala.

Selain itu, Reen bakal muncul menerusi filem Mirip bersama barisan pelakon Fezrul Khan dan Ezzaty Abdullah pada 5 November depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: