Thursday, October 29, 2015

Rajinikanth berada di Melaka hingga Jumaat



Rajinikanth
Rajinikanth
BINTANG filem Tamil terkenal, Rajinikanth, hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Ayer Keroh di sini.
    
Dalam pertemuan sejam itu yang bermula 10.30 pagi tadi, Mohd Khalil dan Rajinikanth turut membincangkan mengenai filem terbaik yang pernah dilakonkan aktor India Selatan itu terutamanya filem 'Muthu' yang diterbitkan pada  1995.

Mohd Khalil berkata, Melaka mengalu-alukan penggambaran filem itu yang berlatarkan negeri ini, sekali gus menonjol nama Melaka dan Malaysia di peringkat antarabangsa terutamanya dalam sektor pelancongan.

"Beliau seorang lelaki yang hebat dan saya sentiasa mengikuti perkembangan lakonannya," kata Mohd Khalil kepada pemberita kemudian.

Rajinikanth tiba di Melaka hari ini bagi penggambaran filem terbaharunya, 'Kabali' yang juga filem ke-156 beliau sehingga Jumaat ini.

Antara lokasi penggambaran filem berkenaan ialah Jalan Kota, Bandar Hilir dan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: