Saturday, October 24, 2015

MPS sita alat ganti kereta



MPS sita alat ganti kereta
Alat ganti yang disita MPS semalam selepas pengusahanya menggunakan ruang luar premis untuk meletakkan barangannya.
SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memberikan tempoh tiga hari kepada sebuah bengkel alat ganti kereta di Selayang Baru di sini untuk mengosongkan bahagian luar premis yang dijadikan longgokan peralatan atau berdepan sitaan.

Semalam sebahagian peralatan alat ganti yang diletak di luar premis diangkut penguat kuasa selepas amaran dikeluarkan kepada pemilik tiada tindakan.

Menurut Pegawai Komunikasi Korporat MPS, Azhar Che Saleh, tindakan sitaan adalah kali kedua dilakukan ke atas premis yang beroperasi lebih dua tahun itu.

Azhar berkata, tindakan pengusahanya meletakkan alat ganti di luar premis telah menyebabkan halangan pengguna Pasar Pagi Selayang juga penduduk berhampiran apabila kawasan parkir turut digunakan mereka.

“Mereka berlesen namun sebarang aktiviti hanya dibenarkan dilakukan dalam premis saja, bila meletak kenderaan dan peralatan di luar hingga menimbulkan aduan maka tindakan tegas diambil.

“Tiga sitaan melibatkan alat ganti kereta dan dua kenderaan milik pengusaha yang menghalang laluan dilakukan pada hari ini (semalam) dan peluang diberikan selama dua hari untuk mereka melakukan pengosongan tapak atau berdepan tindakan lebih tegas.

“MPS tidak menolak untuk menggantung lesen perniagaan mereka sekiranya pengusaha berterusan melanggar syarat lesen dan tidak mengendahkan notis amaran,” katanya.

“Pengusaha memberikan kerjasama sepanjang operasi dilakukan dan telah maklum dengan kesalahan.

“Selain menggunakan rizab jalan meletakkan peralatan di luar premis turut menyukarkan kerja pembersihan longkang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: