Sunday, October 25, 2015

Kim Ha Neul Kahwin Ahli Perniagaan Mac 2016




Kim Ha Neul
AKTRES Kim Ha Neul bakal menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan dan hartawan pada Mac 2016.

Syarikat pengurusan SM C&C mengeluarkan kenyataan pada 23 Oktober lalu bagi menafikan khabar angin bahawa artis itu berkahwin pada masa terdekat.

"Kim Ha Neul akan berkahwin pada Mac 2016, tolong beri mereka ucapan selamat kepada Kim Ha Neul kerana telah menemukan pasangannya," ujar agensi.

Bakal suami pelakon itu dikatakan berusia setahun lebih muda darinya.

Menurut sumber, kekasihnya memiliki wajah tampan dan berasal daripada keluarga hartawan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: