Monday, September 28, 2015

Park Yoo Chun Mula Tugas Sebagai Pekerja Sosial




Park You Chun tidak dapat menjalani latihan ketenteraan akibat asma dan sebagai ganti dia dihantar bekerja sebagai pekerja sosial.
PENYANYI dan pelakon Park Yoo Chun bakal memulakan tugas sebagai pekerja sosial di pejabat Gangnam-gu bermula Isnin depan.
Korea Herald melaporkan perkara itu diumumkan oleh pihak Kementerian Pertahanan kepada media pada Selasa lalu.

Yoo Chun, 29, akan bertugas di pejabat berkenaan selama dua tahun selepas dia tidak dapat menjalani latihan ketenteraan akibat penyakit asma yang dihadapinya.

Penyanyi itu mendaftarkan diri latihan ketenteraan di kem tentera Nonsan, Selatan Chungcheong.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: