Monday, September 28, 2015

Luke Shaw Dedah Gambar Terbaru




PERTAHANAN Manchester United, Luke Shaw memuat naik gambar terbarunya ketika sedang menjalani pemulihan daripada kecederaan patah kaki kanan.
Tulang betis pertahanan England itu patah dua ketika dia membantu United menentang PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal bulan ini.
Akibat kecederaan serius itu, Shaw bakal di singkirkan daripada skuad utama sehingga setahun.
Dalam status tersebut, Shaw berkata, "perjalanan masih panjang, tetapi perlu gembira dapat meletakkan beban di kaki ini lagi."
Pertahanan kiri itu turut menerima sokongan daripada rakan sepasukan ketika mereka menewaskan Sunderland 3-0.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: