Monday, September 28, 2015

Lagenda Man United, Jaap Stam Kembali Ke EPL




LAGENDA Manchester United, Jaap Stam dilapor akan kembali ke Liga Perdana Inggeris sebagai pengurus.
Laporan media Belanda mendakwa, bekas pertahanan United itu telah mendapat tawaran dari dua kelab England sementara lesen kejurulatihan miliknya dikeluarkan oleh UEFA dalam tempoh dua minggu lagi.
Setakat ini, antara jurulatih yang menerima tekanan kuat ialah Dick Advocaat (Sunderland), Steve McClaren (Newcastle), Tim Sherwood (Aston Villa) dan Brendan Rodgers di Liverpool.
Jurulatih berusia 43 tahun itu mula didekati kelab Liga Perdana Inggeris selepas dia melawat cara kerja yang dilakukan Ronald Koeman di Southampton.
"Kembali ke England dan menyaksikan Ronald di Southampton benar-benar telah membuka kembali hati saya.
"Ia akan menjadi lebih indah jika dapat kembali ke England - kesemua memori terhebat akan kembali di dalam diri saya," jelas Stam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: