Monday, September 28, 2015

Kiran bangga dengan Aamir



 Aamir Khan
Aamir Khan
BERKONGSI bidang yang sama memberi kelebihan buat pasangan selebriti Kiran Rao dan suaminya yang juga aktor, Aamir Khan.

Malah, bagi Kiran yang juga pengarah filem tersohor Bollywood amat berbangga dengan pencapaian suaminya itu dalam bidang perfileman.

"Aamir seorang yang sangat bekerja keras," katanya.

Kata Kiran. Aamir menggunakan seluruh tenaga dan kemampuannya untuk mendapatkan projek berskala besar.

"Semua usaha itu telah terbayar menerusi pelbagai kejayaan dan populariti yang dikecapinya," katanya.

Aamir merupakan salah seorang aktor berbakat dalam industri hiburan Bollywood. Malah, beberapa filemnya seperti PK, Dhoom 3 dan 3 Idiots berjaya mencapai pasaran yang memberangsangkan.

Pasangan ini telah berkahwin pada Disember 2005 dan dikurniai seorang anak, Azad Rao Khan yang kini berusia 4 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: