Tuesday, September 29, 2015

Kilang buat duit palsu operasi sejak 1949 diserbu



Kilang buat duit palsu operasi sejak 1949 diserbu
Kilang duit palsu ini berjaya beroperasi sejak 1949.
GUANGDONG - CHINA. Polis berjaya menyerbu dua kilang yang menghasilkan wang kertas palsu dianggarkan bernilai 210juta Yuan (RM 144 juta) dan melumpuhkan jenayah wang palsu terbesar yang beroperasi sejak 1949.

Dalam sidang media yang diadakan polis di Huizhou, 29 suspek termasuk ketua kumpulan ditahan manakala empat mesin dan beberapa peralatan membuat wang  palsu turut disita dalam dua operasi serbuan di Huizhou.

Memetik Yangcheng Evening News, kumpulan terbabit akan menjual sekeping duit palsu dengan harga 10 yuan dengan keuntungan sekitar 20juta yuan.

Timbalan Pengarah Biro Keselamatan Awam Huizhou, Gao Weidong berkata, lebih daripada 400 pegawai polis terlibat dalam operasi khas dan seorang pegawai cedera semasa serbuan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: