Monday, September 28, 2015

Jambatan Batu Pahat dilanggar tongkang hanyut



Jambatan Batu Pahat dilanggar tongkang hanyut
Keadaan jambatan yang dilanggar tongkang hanyut.
BATU PAHAT - Jambatan Batu Pahat, di Jalan Peserai, di sini bergegar apabila dihentam sebuah tongkang hanyut yang diletakkan di muara Sungai Batu Pahat, kira-kira jam 7.30 pagi.

Dalam kejadian yang melibatkan  tongkang yang sepanjang kira-kira 20 meter talah mengakibatkan struktur jambatan berkenaan retak dan kini strukturnya dalam pemeriksaan pihak yang berkaitan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, Saif Ab Rahim berkata, pihaknya menerima makluman daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) pada jam 7.51 pagi.

Katanya, pihaknya terus bergegas ke lokasi dengan kekuatan enam anggota dan satu jentera bagi memastikan keselamatan terutamanya kepada pengguna dengan bantuan daripada pasukan polis.

"Buat masa ini kita tidak boleh berbuat apa-apa...kita terpaksa menunggu air di Sungai Batu Pahat surut dahulu baru tindakan untuk menunda kapal berkenaan.

"Daripada pemeriksaan awal struktur jambatan berkenaan mengalami keretakan dan kita sedang menunggu siasatan lanjut daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), samada ianya selamat digunakan atau sebaliknya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: