Monday, August 31, 2015

Syiling ulang tahun ke-50 Masjid Negara



Syiling ulang tahun ke-50 Masjid Negara
Tiga syiling emas yang dijual sempena ulang tahun Masjid Negara ke-50.
BANK Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena ulang tahun Masjid Negara ke-50. 

Duit syiling peringatan ini dilancar pada 27 Ogos 2015 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Masjid Negara.

Upacara perasmian pada 1965 diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong  ketiga, Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Syiling ini mempunyai tiga jenis iaitu emas, perak dan emas Nordic. Syiling pruf emas diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 99.99 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa.

Syiling pruf perak diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM200 sekeping. Sebanyak 2,000 keping sahaja ditempa. 

Manakala syiling emas Nordic RM1 dan harga jualan RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.

Kesemua duit syiling ini didapati dalam set tiga dalam satu dan set dua dalam satu. Set tiga dalam satu  mengandungi duit syiling pruf emas, pruf perak berwarna dan pruf emas Nordic.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: