Monday, August 31, 2015

Mural Jalur Gemilang Terpanjang Dicat Semula Sempena Merdeka




GEORGE TOWN: Lukisan dinding Jalur Gemilang terpanjang di Jalan Tanjung Tokong-Tanjung Bungah di sini dicat semula sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-58.
Kira-kira 300 ahli Kelab Sukan Belia Islam (YMSC) dan persatuan lain termasuk penduduk setempat mula mengecat lukisan dinding itu pada pukul 10.30 pagi Ahad, sebelum ia siap sepenuhnya enam jam kemudian.
Lukisan sepanjang 541 meter dengan ketinggian 3.3 meter itu masih mengekalkan rekod sejak September 2003.
Presiden YMSC, Munower Sadiq Kadir Sultan berkata, ia dicetuskan ahli kelab itu yang berusia 20 tahun.
"Bendera Pulau Pinang sepanjang 350 meter turut dilukis bersebelahan Jalur Gemilang pada 2007," katanya.
Beliau berkata, 300 sukarelawan dipecahkan kepada 15 kumpulan untuk menyiapkan lukisan dinding itu.
"Kami mendapat tajaan RM50,000 pelbagai warna cat mencecah 3,000 liter dan berus," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: