Saturday, August 29, 2015

Messi Raih Trofi Pemain Terbaik Eropah, Tewaskan Ronaldo




LIONEL Messi menewaskan Cristiano Ronaldo dan Luis Suarez untuk meraih trofi Pemain Terbaik Eropah bagi musim 2014/15.

Ia menjadikan trofi kedua buat Messi selepas menjulang pada musim 2010/11, dan kini penyerang Barcelona itu kembali merampas gelaran tersebut daripada pemenang tahun lalu, Ronaldo.

Messi menjadi pilihan utama selepas membantu Barcelona dalam saingan La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Super UEFA yang bermula musim baharu ini.

Anugerah tersebut disampaikan selepas undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah berlangsung.

Messi mendedikasikan kemenangan ini kepada rakan-rakan sepasukannya.

"Rahsia kejayaan? Ia merupakan tahun yang menakjubkan bagi kami. Saya tidak pasti sama ada terdapat rahsia atau tidak.

"Apa yang saya tahu, kami bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Kami bertuah kerana mencapai semua sasaran.

"Saya amat teruja. Sebahagian kejayaan ini datangnya daripada sebuah pasukan. Saya mewakili rakan-rakan yang lain. Tanpa mereka, saya tidak akan berada di sini," jelasnya selepas menerima trofi yang disampaikan oleh presiden UEFA, Michel Platini.

Sementara itu Celia Sasic yang mengambil keputusan bersara musim ini pada usia 27 tahun meraih trofi Pemain Terbaik Wanita UEFA .

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: