Monday, August 31, 2015

JDT-Perak Buka Tirai Aksi Pertama Piala Malaysia 2015




PETALING JAYA: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal membuka tirai saingan pusingan pertama TM Piala Malaysia 2015 dengan menerima kunjungan Perak bagi Kumpulan B di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin pada 11 September ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan pada Ahad, jadual lengkap Piala Malaysia diumumkan selepas mengambil kira beberapa perkara.

"Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) telah membuat pertimbangan dan meluluskan jadual pertandingan berdasarkan Jadual kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia, Piala Asia UAE 2019 yang melibatkan pasukan kebangsaan," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Jadual saingan 16 pasukan merebut trofi berprestij bola sepak Malaysia ini juga berdasarkan tarikh perlawanan suku akhir Piala AFC yang melibatkan wakil negara, JDT dan Pahang.

Turut mengambil kira faktor pertindihan penganjuran perlawanan bagi pasukan di bawan badan gabungan Persatuan Bolasepak yang berada dalam negeri yang sama (JDT, JDT II, Selangor, Selangor PKNS, Terengganu dan T-Team.

Dan faktor perkongsian venue perlawanan bagi beberapa pasukan seperti KL Felda FC dan Selangor PKNS (Stadium MP Selayang) serta Selangor dan PDRM (Stadium Shah Alam).

Pusingan pertama Piala Malaysia dijangka berakhir pada 26 September dan diteruskan dengan saingan kedua bermula 2 Oktober depan.

Jadual perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia 2015:

11 Sept 

JDT lwn Perak

12 Sept 

Terengganu lwn JDT II

Lions XII lwn Kedah

Sarawak lwn ATM

Selangor lwn Kelantan

KL Felda United lwn T-Team

Pahang lwn PDRM

Pulau Pinang lwn PKNS

18 Sept

Kedah lwn Terengganu

Kelantan lwn KL Felda United

19 Sept

JDT II lwn Lions XII

Perak lwn Sarawak

ATM lwn JDT

T-Team lwn Selangor

PDRM lwn P.Pinang

PKNS lwn Pahang

26 Sept

JDT II lwn Kedah

Lions XII lwn Terengganu

Sarawak lwn JDT

Perak lwn ATM

Selangor lwn KL Felda United

T-Team lwn Kelantan

P.Pinang lwn Pahang

PDRM lwn PKNS

Senarai kumpulan:

Kump A: Terengganu, Lions XII, Kedah, JDT II

Kump B: JDT, Perak, Sarawak, ATM,

Kump C:KL Felda United, Kelantan, Terengganu, T-Team

Kump D: Pahang, PDRM, P.Pinang, Selangor PKNS

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: