Saturday, August 29, 2015

Atlit Jalan Kaki Sumbang Emas Pertama China




Liu Hong
BEIJING: Pemegang rekod dunia, Liu Hong memenangi emas bagi acara lumba jalan kaki 20 kilometer pada Kejohanan Olahraga Dunia di sini.

Emas yang dimenangi Liu adalah yang pertama bagi negara tuan rumah itu bagi kejohanan tersebut.

Liu mencatat masa satu jam 27 minit 45 saat.

Lebih menarik, pingat perak bagi acara berkenaan turut diraih oleh negara tuan rumah itu, menerusi Lu Xiuzhi.

Sementara itu gangsa menjadi milik atlet Ukraine, Lyudmyla Olyanovska dengan catatan satu jam 28 minit 13 saat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: