Saturday, December 6, 2014

Fitri nikah tanpa restu keluarga?


Fitri dan bakal suaminya, Hendra.


MEMUTUSKAN untuk berkahwin di daerah kelahirannya di Banyuwangi, Jawa Timur, kebahagiaan penyanyi dangdut, Fitri Carlina yang bakal menjadi isteri kepada seorang juruterbang, Hendrawan Sumendap pada 14 Disember nanti sedikit terganggu apabila diminta membuka cerita tentang dugaan yang dihadapi sepanjang percintaan.
Tiba-tiba sahaja wajah ceria saat mencuba gaun pengantinnya di sebuah butik di Jakarta baru-baru ini berubah. Air matanya jatuhnya jatuh berderai-derai dan dia bercerita dalam keadaan teresak-esak. Rupa-rupanya, Hendra merupakan calon suami yang langsung tidak dipersetujui oleh kedua-dua orang tuanya.
“Faktor kerjaya Hendra menjadi masalah utama buat keluarga saya. Kerjanya sebagai juruterbang akan menyebabkan aku selalu ditinggalkan. Ibu bapa saya sekadar orang biasa, mereka begitu bimbang tentang perkara itu. Kakak-kakak saya juga ada kawan-kawan yang bekerja dalam bidang penerbangan dan selalunya kisah anak kapal banyak yang negatif,” memetik luahan penyanyi berkenaan kepada KapanLagi,com.
Fitri juga diberi beberapa syarat ketat oleh keluarga jika terus mahu berhubungan dengan Hendra. Selain harus sukses dalam karier masing-masing, keluarganya turut mengupah seseorang untuk menyiasat latar belakang kekasihnya itu bagi memastikan Hendra benar-benar lelaki budiman.
“Meyakinkan keluarga bukanlah hal yang mudah. Saya tidak boleh ke luar rumah, kalau ada janji temu harus di rumah. Kalau keluar, harus pulang sebelum pukul 9 malam,” kata Fitri yang akan mengadakan resepsi perkahwinannya di Jakarta.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: